Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PUBG TDM

PUBG Untuk PC Dan Konsol Akan Terima Mod Team Deathmatch

Diterbitkan Februari 13, 2020 oleh Helmi Samsuri

Bagi memberikan lebih lagi kemeriahan kepada pemain, pembangun PUBG kini telah mengumumkan mod Team Deathmatch (TDM) akan dibawa pada permainan tersebut bagi versi PC dan konsol.

TDM sedia dinikmati pemain PUBG Mobile dan kini tiba pula giliran dua platform diatas melalui kemaskini 6.2. Mod ini akan diletakkan pada kategori permainan baru yang ditambah iaitu Arcade.

Di dalam pengumuman tersebut, pembangun turut menyenaraikan beberapa perincian mengenai TDM seperti…

  • pertarungan 8v8,
  • FPP (first-person perspective) sahaja,
  • terdapat Spawn Kit,
  • hidup semula pemain selepas 5 saat dibunuh,
  • tiada DBNO bermakna tiada knockdown yakni pemain akan mati,
  • tiada Friendly Fire,
  • bunuh dan bantuan akan meningkatkan meter boost
  • pemain yang terkeluar tidak boleh memasuki semula pertarungan TDM, hatta terkeluar secara tidak sengaja mahupun masalah internet.

Kemenangan pada pusingan mod TDM akan diberi kepada pasukan pertama yang berjaya membuat 50 kali bunuhan, atau mempunyai jumlah bunuhan tertinggi dalam tempoh 10 minit. Perlawanan pula dimenangi oleh pasukan yang memenangi 2 pusingan mod TDM.

Sebagai ganjaran kemenangan, pemain akan diberikan Battle Points (BP) berdasarkan skor masing-masing serta tiada Survivor Pass XP akan diterima.

Mod TDM akan dilangsungkan pada 7 lokasi berbeza dari 4 peta PUBG.

  • ERANGEL – Stalber, Sosnovka Military Base
  • SANHOK – Paradise Resort, Docks
  • VIKENDI – Podvosto, Peshkova
  • MIRAMAR – Campo Militar

Sumber: PUBG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY