PUBG Mobile Royale Pass Musim Ke-13 Bawakan Tema Mainan 'Toy Playground' Dan Pelbagai Cabaran Menarik

PUBG Mobile kini telah hadir dengan kemaskini baharu musim ke-13. Dengan itu, ia membawakan banyak perkara baharu antaranya ialah peta Miramar yang dikemaskini.

Selain itu, musim ke-13 ini juga hadir dengan tema mainan "Toy Playground" yang direka untuk mengimbas kembali nostalgia sewaktu kecil. Terdapat acara khusus Carton Rangers yang membolehkan pemain memilih antara Ice Ranger atau Fire Ranger pada Level 50 dan kemudiannya mendapatkan Set Ultra Defender pada Rank 100.

Pemain juga dijemput untuk menyiapkan misi menarik untuk mendapatkan barangan eksklusif dan unik. Melalui Royale Pass, terdapat banyak ciri-ciri menarik, antaranya:

  • Puppet Agent - Pakaian Puppet Agen mempunyai 3 rekaan berlainan, yang boleh ditukar mengikut citarasa pemain. Pemain yang mencapai rank tertinggi boleh menaik taraf pakaian ke Mythic.

  • Siri Cabaran Baharu - Pemain boleh menerima naik taraf pakaian dengan menyiapkan misi khas dari Toy mastery dan Puppet Agent.

  • Notifikasi Naik Taraf - Kesemua peringatan dan progres misi pada laman carian telah dipertingkatkan agar pemain lebih senang melihat progres misi. Juga terdapat penambahan peringatan pada awal dan akhir musim.

  • Baik Pulih Pepijat - Panduan turotial dan juga pepijat telah disemak dan dibaik pulih.


Anda boleh kemaskini PUBG Mobile untuk memainkan fungsi-fungsi baharu sekarang.

 

Berkaitan