Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pubg mobile

PUBG Mobile Perkenalkan Mod Baharu Jungle Adventure Dalam Peta Sanhok

Diterbitkan Jun 2, 2020 oleh Meor Hasyim

Permainan mudah-alih popular PUBG Mobile kini telah menambah sebuah tema hutan “Mysterious Jungle” dalam peta Sanhok. Bersama-sama dengan itu, terdapat banyak ciri-ciri baharu yang menawarkan pengalaman permainan yang baharu.

Jika mana-mana pemain yang bermain dalam peta Sanhok dalam Classic Mode, mereka akan berpeluang untuk mengaktifkan mod Jungle Adventure. Dengan mod ini, ia menambah totem ketika bermain yang boleh digunakan untuk menguatkan lagi pemain.

Terdapat Power Totems, Strategy Totems, Protection Totems untuk membaiki helmet dan baju vest, mengembalikan tenaga dan juga nyawa pemain. Selain itu, Jungle Adventure juga ada menambah ciri-ciri lain seperti:

  • Jungle Food – Buah unik yang tumbuh dalam peta Sanhok. Pemain yang memakannya akan mendapat ‘kuasa’ secara rawak seperti boleh mengesan Air Drops, kembalikan semula nyawa atau tenaga, dan boleh juga mendatangkan pening kepada karakter.
  • Hot Air Balloons – Ia merupakan satu pengangkutan baharu yang membawa pemain ke langit untuk meninjau peta dari atas.

Ciri baharu Mysterious Jungle ini sudah boleh dimain bermula hari ini untuk platform Android dan juga iOS.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY