PUBG Mobile Dengan 90fps Boleh Dimainkan Pada Peranti OnePlus Kecuali Nord

OnePlus telah bekerjasama dengan permainan PUBG Mobile untuk menawarkan kadar segar semula tinggi 90fps untuk peranti mereka. Sokongan ciri ini adalah secara eksklusif dan setakat ini model dari jenama lain belum menyokongnya.

Untuk model yang menyokongnya, kesemua peranti yang menyokong kadar segar semula tinggi ini adalah:

  • OnePlus 8 Pro

  • OnePlus 8

  • OnePlus 7T Pro

  • OnePlus 7T

  • OnePlus 7 Pro


Jika anda perasan, OnePlus Nord yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini pun menyokong 90Hz, namun ia tidak tersenarai.

Kemungkinan besar disebabkan spesifikasi dan prestasi grafik Snapdragon 765G yang tidak mencapai had yang ditetapkan oleh PUBG Mobile untuk 90fps.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memainkan 90fps ini pada tetapan grafik Smooth iaitu tetapan kualiti visual yang terendah.

oneplus 90fps pubgm

Ini merupakan lanjutan tetapan fps dari Extreme yang sekadar memainkan fps pada 60 sahaja.

Menurut OnePlus, fungsi 90fps ini eksklusif dimainkan sehingga 6 September. Namun maklumat tambahan dari pihak OnePlus menyatakan pengguna masih boleh memainkan grafik 90fps selepas dari tarikh itu.



Sebelum ini, OnePlus juga berkolaborasi dengan Fortnite untuk membawakan 90fps pada permainan tersebut.

Sumber: Forum OnePlus

Berkaitan