PUBG Dijangka Ke PlayStation 4 Bulan Hadapan

Konsol yang dibangunkan Microsoft, Xbox One hari ini muncul satu-satunya konsol yang menyokong permainan PUBG. Akan tetapi, permainan popular tersebut kini dilaporkan akan mengunjungi konsol PlayStation 4(PS4) pula.

Menurut laporan IGN, PUBG berkemungkinan besar akan tiba di konsol keluaran Sony tersebut seawal bulan hadapan. Ini memandangkan terdapat dakwaan dari forum PSNProfiles di mana seorang pengguna mendakwa telah menemui beberapa maklumat berkenaan PUBG di pelayan Sony.

Kapsyen: Kredit: TheNerdMag


Selain itu, pembangun permainan ini, PUBG Corporation dan Bluehole dikatakan telah berbincang dengan Sony untuk membawa permainan PUBG ke konsol popular tersebut.

Adakah dengan permainan ini akan dapat membuka pintu hati Sony untuk menerima fungsi crossplay? Ini kerana ia agak membosankan sekiranya permainan ini hanya akan dapat dimainkan sesama pengguna PlayStation sahaja, di mana ia berkemungkinan besar disertai oleh ramai bots.

Seperti biasa, sama-sama kita nanti perkembangan lanjut mengenainya nanti.