Dapatkan Vivo Y19 Di Senheng Dan SenQ Pada Tanda Harga RM949

Baru-baru ini, Vivo Malaysia telah melancarkan siri Y terbaru mereka, iaitu Vivo Y19 yang kini boleh mula didapati di Malaysia, dijual pada tanda harga RM 949.

Para pelanggan boleh merasai pengalaman telefon pintar Vivo Y19 ini di semua cawangan Senheng dan senQ dan akan berpeluang untuk menerima beberapa hadiah misteri selepas membuat pembelian ke atasnya.

Vivo Y19 dilengkapi paparan skrin 6.53 inci FHD+ Halo FullView dengan kamera hadapan terletak cantik dalam kedudukan yang elegan. Para peminat telefon pintar siri Y ini juga boleh menikmati Y19 yang hadir dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.3%.

Berbekalkan bateri 5000 mAh yang disokong oleh tenaga pintar teknologi pengurusan untuk memastikan Y19 anda akan bertahan lebih lama. Ia juga didatangkan dengan teknologi pengecasan pantas.

Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Facebook Vivo Malaysia.