Penalti yang dikenakan adalah pada nilai harga pasaran semasa peranti yang dibeli. Walaupun tidak dapat dipastikan bagaimana kaedah sebenar hukuman tersebut, berkemungkinan besar bayaran penalti akan ditolak terus dari gaji pekerja terlibat.
Bukan itu sahaja, bagi menggalakkan pekerja untuk tidak membeli iPhone, Menpad turut menawarkan bayaran balik sebanyak 15% harga belian jika pekerja membeli peranti Huawei atau ZTE.
Malah, syarikat yang membekalkan panel LCD kepada Huawei ini turut akan menggandakan bayaran komisyen kepada pekerja bahagian jualannya yang berjaya menjual produk syarikat kepada syarikat dari Amerika Syarikat.
Langkah ini diambil bagi menunjukkan sokongan kepada pihak Huawei(dan ZTE) yang diberikan tekanan hebat daripada Amerika dan sekutunya ketika ini.
Sumber: SCMP
Berkaitan
- Apple Menambah Sehingga 2TB Sebelum iPhone 7 Dilancarkan 7 September Ini
- Reka Bentuk Konsep iPhone Boleh Lipat Didedahkan, Tampil Berbeza Dari Model Samsung
- Huawei Malaysia Umum Harga Rasmi Bagi Siri Mate 20 & Jam Pintar
- iPhone 2019 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Pengecasan Pantas 18W Dari Dalam Kotak
- Huawei Lancar Huawei Watch GT Dan Huawei TalkBandB5, Mula Dijual November Depan
- Samsung Galaxy S10 Plus Rekod Markah DxOMark Tertinggi, Kongsi Kedudukan Bersama Huawei Mate 20 Pro
- Kajian Mendapati 92% Pengguna iPhone Tidak Akan Beralih Ke Android
- Huawei P10 Hadir ke Pasaran Malaysia Seawal Rabu Ini.
- Pengguna Saman Apple Kerana "Dipaksa" Mendapatkan Pengecas iPhone Baharu
- Bagaimana Untuk Saksikan Pelancaran Huawei P30 Secara LIVE- Dan Beberapa Info Yang Boleh Dipercayai