Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony PS5 discount malaysia

PS5 Kini Ditawarkan Serendah RM1,830 – Sehingga 11 Jun

Diterbitkan Mei 28, 2025 ยท Dikemas kini Mei 28, 2025 oleh Amalina Athman

Sony Interactive Entertainment (SIE) kembali dengan kempen tahunan Days of Play yang berlangsung dari 28 Mei hingga 11 Jun 2025. Seperti biasa, pelbagai diskaun menarik ditawarkan untuk konsol, aksesori dan permainan video.

Sony PS5 discount malaysia_1

Sepanjang tempoh promosi, semua model konsol PlayStation 5 menerima potongan harga RM239. PS5 Digital Edition kini dijual pada harga RM1,830, manakala PS5 versi standard pada RM2,260. Bagi PS 5 Pro pula, harganya turun kepada RM3,610 berbanding harga asal RM3,849.

PlayStation VR2 turut menerima diskaun RM239, menjadikan harga promosi kini RM1,860.

Beralih ke aksesori, alat kawalan DualSense diberikan potongan RM54, menjadikan harganya serendah RM315. Sementara itu, DualSense Edge dan fon telinga wayarles Pulse Explore masing-masing ditawarkan pada harga promosi RM869 (diskaun RM130).

Pelbagai permainan PS5 popular seperti Astro Bot, The Last of Us Part II Remastered dan LEGO Horizon Adventures juga ditawarkan dengan potongan harga.

PS5 Kini Ditawarkan Serendah RM1,830 – Sehingga 11 Jun

Bagi keahlian PlayStation Plus, pengguna baharu yang mendaftar sepanjang Days of Play boleh menikmati diskaun sehingga 33% untuk pelan 12 bulan terpilih. Untuk ahli sedia ada PlayStation Plus Essential atau Extra, anda boleh naik taraf ke pelan Deluxe dengan penjimatan 33% untuk baki tempoh langganan.

Berkaitan

  • Malaysia Pun Tak Terkecuali, Harga PS Plus Sah Naik Mulai April Ini
  • Sony Umum Kenaikan Harga PlayStation 5 Di Empat Pasaran
  • PS6 Perlu Sokong Cakera Fizikal, Kata Bekas Bos PlayStation

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY