Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PCPO car

Proton Lancar Laman Web Untuk Pembelian Kereta Terpakai

Diterbitkan November 13, 2020 oleh Amalina Athman

PROTON kini telah melancarkan laman web kereta terpakai, Proton Certified Pre-Owned (PCPO).

Melalui laman web ini, ia menawarkan cara mudah kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat mengenai stok dan membeli kereta terpakai dari 36 pengedar seluruh negara serta tukar beli kenderaan bagi pembelian model Proton baharu.

Setiap pengedar tersebut perlu memenuhi syarat serta bersetuju mengambil langkah yang diperlukan. Sebagai contoh, setiap kereta perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh serta diberi bateri, minyak enjin dan penapis minyak yang baru.

laman web kereta terpakai proton

Keperluan lain bagi kereta PCPO adalah ia mesti berumur kurang daripada tujuh tahun dan mempunyai jarak perjalanan tidak melebihi 130,000km semasa di tukar beli. Ia juga mesti bebas daripada kerosakan disebabkan oleh banjir atau kemalangan besar yang mungkin mempengaruhi kekuatan struktur kereta.

Sebagai tambahan, semua kereta PCPO turut diberi jaminan tambahan selama setahun bagi bahagian enjin dan kotak gear serta khidmat servis kenderaan percuma yang boleh ditebus sehingga enam bulan selepas tarikh pendaftaran.

Dalam pada itu, jenama kereta lain yang ditukar beli juga akan dijual oleh PROTON di laman web PCPO. Bagi kereta-kereta ini, jaminan tambahan tidak akan diberikan. Akan tetapi, ia akan menerima pemeriksaan menyeluruh dan dibaik pulih sebelum ditawarkan kepada pengguna.

Untuk lebih lanjut mengenai laman web kereta terpakai ini, layari pautan ini.

Sumber: PROTON

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY