Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton e.MAS, TVETMARA Iktiraf Juruteknik EV Dan Penasihat Servis Terbaik

Proton e.MAS, TVETMARA Iktiraf Juruteknik EV Dan Penasihat Servis Terbaik

Diterbitkan Oktober 16, 2026 oleh Amsyar Latif

Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) bersama TVETMARA menganjurkan e.MAS Electrified Excellence Aftersales Awards 2026, pertandingan peringkat kebangsaan bagi mengiktiraf juruteknik kenderaan elektrik (EV) dan penasihat servis Proton e.MAS terbaik.

Pertandingan yang julung kali diadakan itu berlangsung pada 14 hingga 15 Oktober 2026 di Proton e.MAS MBf EV Auto, USJ, dengan kerjasama TVETMARA Masjid Tanah.

Ia melibatkan penyertaan daripada 49 pengedar Proton e.MAS di seluruh Malaysia, dengan 20 peserta akhir terdiri daripada 10 juruteknik dan 10 penasihat servis dipilih selepas melalui dua peringkat saringan dalam talian.

Proton e.MAS, TVETMARA Iktiraf Juruteknik EV Dan Penasihat Servis Terbaik

Bagi kategori juruteknik, peserta diuji dalam pemeriksaan prapenyerahan kenderaan (PDI), penggunaan peralatan diagnostik elektronik serta pengesanan dan penyelesaian masalah sistem voltan tinggi.

Sementara itu, penasihat servis dinilai berdasarkan kemahiran mengendalikan pelanggan, proses penerimaan dan penyerahan kenderaan serta pengurusan aduan.

Mohamad Nabiel Suhairudin dari Proton e.MAS Kota Bharu muncul juara kategori juruteknik, manakala Muhammad Hafiz Hassanudin dari Proton e.MAS Muar memenangi kategori penasihat servis.

Proton e.MAS, TVETMARA Iktiraf Juruteknik EV Dan Penasihat Servis Terbaik

Anugerah khas turut diberikan kepada beberapa peserta, termasuk Nurul Izzah dari Proton e.MAS Melaka yang menerima Outstanding Female Technician Award.

Menurut PRO-NET, pertandingan ini turut membantu mengenal pasti keperluan latihan dan meningkatkan standard perkhidmatan selepas jualan di seluruh rangkaian pengedarnya.

Sebelum ini, seramai 37 juruteknik daripada 25 pengedar Proton e.MAS telah memperoleh pensijilan Tahap 2 selepas menamatkan tujuh modul latihan teknikal pada Ogos 2026. Program pensijilan Tahap 3 dan Tahap 4 pula sedang dibangunkan.

Ketika ini, PRO-NET mempunyai 60 pengedar, termasuk 49 pusat servis bertauliah dan 10 pusat Body & Paint di seluruh negara.

Menjelang akhir 2026, syarikat menyasarkan pengembangan rangkaian kepada 70 pengedar, 57 pusat servis dan 14 pusat Body & Paint.

Berkaitan

  • Proton e.MAS Jenama EV No.1 Di Malaysia, Kuasai Lebih 60% Bahagian Pasaran
  • PDRM Terima 3 Model Proton e.MAS Untuk Nilai Prestasi, Kesesuaian Dalam Operasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tesla Roadster Dilancar, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000
  • vivo Umum Jay Chou Sebagai Duta Pengimejan, Siri X500 Tiba Di Malaysia 27 Oktober
  • Epic Games Umum Pelancar Baharu, 30x Lebih Pantas Dan Sokong Linux
  • Trafik Artikel Berita Merudum 40%, Google Umum Rombak Carian Janaan AI
  • Meta Lancar Model AI 'Terbuka' Baharu Bagi Saingi China
  • Viu Dan iQIYI Kini Dalam Satu 'Bundle' - Harga Promosi Bermula RM19.90/Bulan
  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
©2026 WISER.MY