Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton e.MAS Rekod 760 Interaksi Jualan Di Penang Autoshow 2026

Proton e.MAS Rekod 760 Interaksi Jualan Di Penang Autoshow 2026

Diterbitkan Mei 6, 2026 oleh Amsyar Latif

PRO-NET, anak syarikat kepada pengeluar kereta nasional PROTON, berjaya mengukuhkan kehadirannya di wilayah Utara melalui penyertaan dalam Penang Autoshow 2026.

Sepanjang acara tiga hari tersebut, jenama Proton e.MAS merekodkan lebih daripada 760 interaksi jualan yang merangkumi sesi pandu uji kenderaan, pengumpulan prospek, dan tempahan rasmi.

Pencapaian ini mencerminkan peningkatan penerimaan pengguna terhadap mobiliti elektrik, khususnya di Pulau Pinang di mana Proton e.MAS kini memegang sebanyak 64.2% pegangan pasaran EV setakat tahun ini.

Proton e.MAS Rekod 760 Interaksi Jualan Di Penang Autoshow 2026

Antara sorotan utama acara tersebut ialah penganjuran konvoi kenderaan elektrik nasional terbesar yang melibatkan 30 buah kenderaan merangkumi model e.MAS 5, e.MAS 7, dan e.MAS 7 PHEV.

Konvoi yang disertai oleh lebih 80 pemilik bersama keluarga mereka ini bermula dari Juru dan merentasi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebelum berakhir di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC).

Acara ini dianggap sebagai detik bersejarah yang membuktikan keupayaan kenderaan elektrik (EV) untuk perjalanan jarak jauh antara bandar serta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap penggunaan EV dalam situasi sebenar.

PRO-NET Perkenalkan Warna Jade Green Untuk Proton e.MAS 5 Di Penang Autoshow 2026

Selain prestasi komersial, pengunjung turut menunjukkan minat tinggi terhadap pengenalan warna baharu Jade Green bagi Proton e.MAS 5 dan Emerald Green bagi Proton e.MAS 7 PHEV.

Kehadiran platform Global Modular Architecture (GMA) yang dipamerkan buat pertama kali di wilayah Utara juga memberi peluang kepada orang ramai untuk memahami teknologi modular dan aspek keselamatan yang menjadi asas kepada kenderaan masa hadapan jenama ini.

Bagi meneruskan momentum tersebut, Proton e.MAS Golden Roadshow akan meneruskan jelajah ke seluruh negara bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia merasai pengalaman mobiliti elektrik.

Destinasi seterusnya dijadualkan berlangsung di AEON Melaka pada 19 hingga 24 Mei, diikuti oleh East Coast Mall, Pahang pada 24 hingga 28 Jun akan datang.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • PRO-NET Perkenalkan Warna Jade Green Untuk Proton e.MAS 5 Di Penang Autoshow 2026
  • 63% Pelanggan Proton Beralih Dari ICE Ke e.MAS 7 PHEV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY