Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Fakta Menarik Tentang Proton Malaysia Yang Mungkin Anda Tak Pernah Dengar

Proton Dedah Bakal Lancar Model NEV Baharu Tahun Ini

Diterbitkan Februari 21, 2024 · Dikemas kini Februari 21, 2024 oleh ariff bukhari

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) dilaporkan bakal melancarkan model kenderaan tenaga baharu (NEV) terbaru tidak lama lagi.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong semasa pembentangannya mengenai “Strategi Produk Rancangan Masa Depan” Proton pada Majlis Makan Malam Kemakmuran Tahun Baru Cina syarikat itu pada hari Selasa baru-baru ini.

Ketika ini, model kenderaan NEV yang ada ditawarkan Proton adalah menerusi Proton X90 yang telah pun dilancarkan pada 7 Mei 2023 lalu.

Proton Dedah Bakal Lancar Model NEV Baharu Tahun Ini
Model SUV Proton X90 dikuasakan oleh enjin TGDi berkapasiti 1.5L dan dilengkapi motor elektrik berkuasa 48V.

PROTON memaklumkan mereka mencapai jualan domestik tertinggi pada tahun 2023, melebihi 150,000 unit.

PROTON juga mencatatkan prestasi cemerlang pada awal 2024 dengan penjualan sebanyak 12,882 unit pada Januari, sekali gus menjadi prestasi terbaik syarikat otomobil itu sejak 2013.

Berkaitan

  • AirAsia Lancar Promosi Tempat Duduk Percuma Dan Tebus Diskaun Dari airasia Superapp
  • CelcomDigi Untung Lebih 3 Kali Ganda, Kekuatan Isyarat Rangkaian Dan Kelajuan Muat Turun Meningkat
  • Shopee Umum Kenaikan Kadar SST Kepada 8% Bermula Mac

Sumber: Proton, The Star

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY