Tiada kemudahan makanan disediakan di kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya yang dilalui.
Hari ini telah berlangsungnya Sidang Media oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato' Huzir Mohamed bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Encik Al-Ishsal Ishak memberikan penerangan berkenaan pergerakan antara negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Berikut adalah Prosedur Operasi Standad (SOP) yang ditetapkan PDRM yang perlu dipatuhi oleh para pengguna yang mahu membuat pergerakan antara negeri bersama keluarga dalam tempoh 4 hari iaitu bermula dari 7 Mei hingga 10 Mei 2020.
1. Kemas kini aplikasi Gerak Malaysia
Pemohon perlu mengemas kini aplikasi Gerak Malaysia di dalam telefon pintar masing-masing kepada versi terkini bagi membolehkan pemohon mengemaskini maklumat destinasi.
2. Kemas kini maklumat terkini
Seterusnya pemohon perlu mengemas kini maklumat destinasi yang di isi di dalam aplikasi Gerak Malaysia bermula 4 hingga 5 Mei 2020 bagi melancarkan proses permohonan pergerakan antara negeri.
Proses analisis maklumat pergerakan adalah pada 6 Mei 2020.
(Tiada sebarang pengeluaran QR Code. Rujuk minit ke-31 penerangan dalam Sidang Media 3 Mei 2020 oleh Pengarah JSJ Bersama Pengerusi SKMM. Bermakna orang ramai hanya perlu mengisi maklumat di aplikasi Gerak Malaysia untuk membuat perjalanan rentas negeri dan tidak perlu menunggu kelulusan.)
3. Jadual pergerakan
Berikut pula adalah jadual pergerakan antara negeri yang telah ditetapkan oleh pihak PDRM:-
- 07 Mei 2020 - Kuala Lumpur (untuk orang ramai terkandas di Kuala Lumpur pulang ke kediaman di negeri lain seluruh negara).
- 08 Mei 2020 - Perak, Johor & Kelantan (untuk mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan menuju ke destinasi masing-masing terutamanya di Kuala Lumpur.)
- 09 Mei 2020 - Perlis , Kedah, Pulau Pinang, Melaka & Pahang
- 10 Mei 2020 - Selangor, Negeri Sembilan & Terengganu
Permohonan Gerak Malaysia yang dimohon sah digunakan dalam tempoh 2 hari.
Contoh situasi :
Anda terkandas di Perak. Keluarga terkandas di Kuantan, Pahang. Rumah dan tempat kerja di Kuala Lumpur. Anda boleh bergerak dari Perak ke Kuantan untuk mengambil keluarga kemudian terus ke Kuala Lumpur dalam tempoh yang diberikan selama 2 hari tersebut.
4. Surau ditutup
Kemudahan Surau disepanjang lebuh raya ditutup, selain orang ramai turut tidak dibenarkan bersolat di kawasan lapang atau bangunan sekitar R&R.
5. Bergerak pada waktu malam
PDRM menggalakkan orang ramai membuat pergerakan pada waktu malam pada tarikh yang ditetapkan sahaja, khususnya selepas waktu berbuka puasa.
6. Tandas awam dibuka
Hanya kemudahan tandas awam sahaja beroperasi di lebuh raya.
7. Tiada kemudahan makanan disediakan
PPDRM mengingatkan semua pengguna bahawa pada tarikh pergerakan ditetapkan itu, tiada kemudahan makanan disediakan di kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya yang dilalui.
8. Tidak dibenarkan keluar dari kenderaan
Kawasan letak kereta hanya untuk tujuan rehat dan pengguna yang singgah tidak dibenarkan keluar dari kenderaan masing-masing, kecuali untuk menggunakan tandas awam sahaja.
9. Stesen minyak hanya beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam sahaja
Stesen minyak di lebuh raya hanya beroperasi jam 6 pagi hingga 12 tengah malam sahaja. Pengguna dilarang membuat pergerakan secara berkumpulan sepanjang lebuh raya.
(Artikel akan dikemas kini dari masa ke semasa jika ada sebarang perubahan atau penambahan).
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/309686050001018/?epa=SEARCH_BOX
Berkaitan
- SKMM Menangguhkan Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2019 Dan Kajian Pengguna E-Dagang 2019
- SKMM Menggesa Pelajar Memanfaatkan Kemudahan Pusat Internet Komuniti Terdekat Dengan Mereka
- SKMM Mendengar Keluhan Pengguna Tentang Isu Kelewatan TM Menaiktaraf Pelanggan Streamyx Ke unifi
- MCMC Dan PDRM Siasat 3 Individu Berkaitan Isu "Tepuk Punggung"
- Pelajar Ikuti PdPR Ditepi Jalan Dapat Perhatian SKMM
- Shopee Bersama PDRM Mendidik Pengguna Lindungi Diri Dan Kenal Pasti Scammer
- PDRM Dedahkan WhatsApp Di Peranti Android Dijadikan Platfom Untuk Menggodam Akaun Bank
- SKMM Menamatkan Perkhidmatan Aplikasi Gerak Malaysia
- Lebih Daripada 11 Ribu Aduan Sudah Dikendalikan SKMM Setakat 6 Bulan Pertama Tahun Ini
- Pasukan Petugas Siber PDRM Dan MCMC Sedang Memburu Penghantar Kandungan Provokasi