Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Promosi) Penghantaran Percuma foodpanda Sepanjang Bulan Kemerdekaan Ini

(Promosi) Penghantaran Percuma foodpanda Sepanjang Bulan Kemerdekaan Ini

Diterbitkan Ogos 15, 2018 · Dikemas kini Ogos 15, 2018 oleh Haikel Areff

Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-61 pada 31 Ogos ini. Ia menandakan kejayaan negara kita dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan walaupun didiami oleh pelbagai bangsa dan agama yang berbeza.

Kepelbagaian kaum inilah yang menjadi Malaysia sebuah negara yang istimewa berbanding negara lain di dunia. Terlalu banyak perbezaan yang dikongsi sesama kita di negara ini termasuk adat resam, pakaian tradisional serta makanan.

foodpanda MY_Banana Leaf Rice-tile

Sebut berkenaan makanan, penyedia perkhidmatan penghantaran makanan popular, foodpanda mahu meraikan bulan kemerdekaan ini bersama rakyat Malaysia. Mereka kini menawarkan beberapa promosi menarik kepada pelanggan sepanjang bulan Ogos ini.

Antaranya ialah, pelanggan dari kawasan Ampang kini boleh membuat pesanan dengan nilai minimum RM 10, berbeza dengan RM 15 sebelum ini. Manakala, bagi pelanggan di P.Pinang, Johor, Petaling Jaya dan Kota Damansara, anda akan menikmati penghantaran percuma sepanjang bulan kemerdekaan ini.

foodpanda Rider 5-tile

Namun, pelanggan dari kawasan lain di seluruh negara juga tidak terlepas dari promosi ini. Anda akan menikmati servis penghantaran dengan cas RM 3 berbanding RM 5 pada hari biasa bermula dari 13 Ogos sehingga 24 Ogos ini.

Malah, foodpanda juga akan menanggung segala kos penghantaran kepada anda sepanjang tempoh 25 Ogos sehinggalah ke hari kemerdekaan pada 31 Ogos nanti.

Untuk menikmati promosi ini, anda boleh membuat tempahan melalui laman sesawang rasmi foodpanda, mahupun menggunakan aplikasi foodpanda pada peranti Android atau iOS anda. Jangan lepaskan peluang untuk meraikan Hari Kemerdekaan ke-61 bersama foodpanda.

 

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY