Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
project sandcastle

Project Sandcastle Bolehkan iPhone Jalankan Sistem Android

Diterbitkan Mac 5, 2020 oleh Helmi Samsuri

Perdebatan antara dua pengguna sistem operasi mudah alih ini tidak akan berpenghujung. Sekarang kita bukan mahu bercerita siapa yang lebih bagus, tetapi bagaimana sebuah startup, Correlium berjaya menjalankan sistem operasi Android pada iPhone.

Melalui Project Sandcastle, mereka menggunakan checkra1n jailbreak untuk mendapatkan akses kepada iPhone model lama iaitu iPhone 7 dan 7 Plus. Walaubagaimanapun, versi Android tersebut tidak berfungsi sepenuhnya dimana banyak komponen yang tidak boleh digunakan seperti kamera, bluetooth serta modem selular.

Menurut satu temubual Forbes dan David Hecht dari Correlium, beliau menyatakan dominasi Apple membolehkan mereka mengawal aplikasi yang dibenarkan sehinggalah kepada komisen yang dikenakan keatas pembangun. Beliau menambah, “Corellium’s solution to run Android on iPhone will finally provide customers with a viable alternative to Apple’s App Store and iOS,”

Versi beta tersebut kini sudah ditawarkan dan bagi yang berminat bolehlah memuat turunnya disini – Project Sandcastle. Suka diingatkan bahawa versi ini tidak stabil dan anda mungkin menghadapi masalah untuk menggunakannya. Jika mahu mencuba, boleh jalankannya pada iPhone 7, 7 Plus dan iPod Touch yang sudah tidak digunakan lagi.

Difahamkan lagi, sokongan untuk model iPhone lain sedang diusahakan dimana mereka belum lagi boleh menembusi iPhone 11 dan keatas.

Sumber dan kredit foto: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY