Program Baik Pulih Skrin Dan Papan Kekunci Untuk Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro

Reading Time: 2 minutes

Jika anda rasa Macbook anda terjejas dengan masalah skrin dan papan kekunci yang tidak berfungsi, bolehlah segera menghantarnya ke pusat servis sah Apple berdekatan.

Apple hari ini telah melancarkan 2 program khas khusus bagi membaik pulih skrin bagi model Macbook Pro 13″ dan papan kekunci Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro.

Pelaksanaan program baik pulih oleh Apple ini sudah tentunya melegakan para pengguna Macbook Pro yang berdepan dengan isu skrin MBP yang dikenali sebagai ‘flexgate’ dan masalah papan kekunci yang tidak berfungsi dengan baik bagi pemilik Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro.

Bagi isu skrin Macbook Pro, Apple menjelaskannya seperti berikut:-

Apple has determined that a very small percentage of 13-inch MacBook Pro displays may exhibit one or more of the following behaviors:

  • Display backlight continuously or intermittently shows vertical bright areas along the entire bottom of the screen
  • Display backlight stops working completely

Berikut pula adalah model MBP yang layak untuk program baik pulih oleh Apple ini:-

  • Model MBP yang terjejas dijual antara Oktober 2016 dan Februari 2018.
  • MacBook Pro (13″, 2016, Four Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (13″, 2016, Two Thunderbolt 3 Ports)

Bagi isu papan kekunci yang dihadapi model Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro pula, Apple menjelaskannya seperti berikut:-

Apple has determined that a small percentage of the keyboards in certain MacBook, MacBook Air, and MacBook Pro models may exhibit one or more of the following behaviors:

  • Letters or characters repeat unexpectedly
  • Letters or characters do not appear
  • Key(s) feel “sticky” or do not respond in a consistent manner

Berikut pula adalah senarai model Macbook yang terjejas dan layak untuk program servis ini:

  • MacBook (Retina, 12″, Early 2015)
  • MacBook (Retina, 12­”, Early 2016)
  • MacBook (Retina, 12″, 2017)
  • MacBook Air (Retina, 13″, 2018)
  • MacBook Pro (13­”, 2016, Two Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (13″, 2017, Two Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (13″, 2016, Four Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (13­”, 2017, Four Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (15­”, 2016)
  • MacBook Pro (15­”, 2017)
  • MacBook Pro (13″, 2018, Four Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (15­”, 2018)
  • MacBook Pro (13″, 2019, Four Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (15­”, 2019)

Untuk melayakkan Macbook anda layak bagi program baik pulih ini, anda boleh menyemak dahulu model Mac tersebut sebelum menghantarnya ke pusat servis sah Apple.

Apple juga menyatakan, mereka akan menentukan sama ada skrin atau papan kekunci Macbook anda hanya perlu diservis sahaja atau diganti dengan perkakasan yang baru.

Untuk info lanjut, sila layari laman Exchange and Repair Extension Programs.

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *