Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menguji Kualiti Cetakan Pencetak Dengan Kaedah “Test Page”

Selepas 39 Tahun, Microsoft Nyah Aktifkan Protokol Ini Dari Dalam Sistem Windows

Diterbitkan April 22, 2022 · Dikemas kini April 22, 2022 oleh ariff bukhari

Menerusi laman komuniti rasminya Microsoft minggu ini mengumumkan bahawa mereka menamatkan salah satu protokol yang sudah berada di dalam sistem Windows selama 39 tahun iaitu SMB 1 (Server Message Block).

SMB 1 adalah protokol yang dihasilkan oleh IBM dan Microsoft pada tahun 1983 dahulu. Walaubagaimanapun pada tahun 2017 Microsoft mula menamatkan sokongan ke atas protokol tersebut dalam Windows 10.

Setakat ini Microsoft sudah pun memberhentikan pemasangan SMB1 ini ke dalam semua edisi Windows secara default. Tetapi masih mengekalkannya di dalam Windows Home dan Pro.

Kepada pengguna yang tidak perlukan protokol SMB 1 ini, mereka bolehlah membuangnya dari sistem Windows komputer mereka.

Berikut adalah cara menyemak keberadaan SMB 1dan cara membuangnya dari dalam sistem Windows komputer anda:

  1. Tekan kekunci pintasan Windows-R bagi membuka kotak Run
  2. Taip optionalfeatures dan tekan kekunci Enter bagi membuka tetapan “Turn Windows features on or off“
  3. Untuk membuang SMB 1 dari komputer anda, nyah tanda “SMB 1.0/CIFS File Sharing Support” dan tekan butang OK.

Selepas 39 Tahun, Microsoft Nyah Aktifkan Protokol Ini Dari Dalam Sistem Windows

SMB 1 merupakan protokol yang digunakan bagi tujuan perkongsian fail menghubungkan peranti seperti mesin pencetak dan peranti-peranti lain di dalam rangkaian yang sama.

Walaubagaimanapun, pakar keselamatan mengesyorkan SMB 1 tidak diaktifkan kerana ia tidak selamata dan sering menjadi mangsa manipulasi penggodam bagi menceroboh rangkaian.

Sebagai contoh insiden penggodaman yang berlaku pada tahun 2017 dahulu melibatkan serangan besar-besaran ransomware WannaCry dan NotPetya.

Sumber: Security Boulevard, Microsoft

Baca juga:

  • Kisah Di Sebalik Mengapa Syarikat Apple Dipanggil “Apple”
  • ‘Trendsetter’ Yang Gagal, Ini Punca Kejatuhan LG Mobile
  • HTC Pergi Tak Kembali, Ini Kisah Sebenar Kejatuhan HTC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY