'Takut' Dengan Mate 60 Pro, Seorang Ahli Parlimen A.S Gesa Eksport Teknologi Ke China Diperketat

Pengerusi Jawatankuasa Dewan Perwakilan Rakyat di China menggesa Jabatan Perdagangan A.S. harus menamatkan semua eksport teknologi ke Huawei dan firma semikonduktor terkemuka China.

Gesaan itu dibuat oleh Mike Gallagher, seorang ahli parlimen Republikan yang berpengaruh berikutan penemuan cip baharu dalam telefon Huawei terbaru, Mate 60 Pro.

Telefon itu didapati mengandungi cip yang dipercayai oleh penganalisis dihasil dengan penemuan teknologi oleh Semiconductor International Manufacturing Corp (SMIC).

Beliau mendakwa, cip didalam telefon pintar Huawei itu mungkin dihasilkan dengan bantuan teknologi AS.

"Cip ini berkemungkinan tidak dapat dihasilkan tanpa teknologi AS dan oleh itu SMIC mungkin telah melanggar Peraturan Produk Langsung Asing Jabatan Perdagangan, masanya telah tiba untuk menamatkan semua eksport teknologi A.S. ke Huawei dan SMIC sebagai peringatan mana-mana firma yang melanggar undang-undang A.S. dan menjejaskan keselamatan negara kita akan terputus daripada teknologi kita." Mike Gallagher.

Kapsyen: Kelajuan sambungan tanpa wayar Huawei Mate 60 Pro didakwa menyaingi kemampuan iPhone terbaru.


Huawei telah disenarai hitam oleh AS pada Mei 2019 atas kebimbangan keselamatan negara, memaksa pembekal A.S. dan pihak lain untuk mendapatkan lesen khas untuk menghantar barangan kepadanya.

SMIC telah ditambahkan ke senarai entiti yang dipanggil pada Disember 2020 dahulu kerana bimbang ia boleh mengalihkan teknologi canggih kepada tentera.

Sekatan perdagangan yang dikenakan ke atas Huawei dan SMIC termasuk Peraturan Produk Langsung Asing bertujuan untuk menghalang mana-mana syarikat di seluruh di dunia daripada menggunakan alat dari Amerika Syarikat untuk mengeluarkan cip untuk Huawei.

Disebalik sekatan yang dikenakan ke atas Huawei dan SMIC, pembekal AS telah menerima lesen bernilai berbilion dolar untuk menjual teknologi kepada 2 syarikat itu walaupun terdapat sekatan perdagangan.

SMIC ialah syarikat semikonduktor terbesar di tanah besar China. Ia merupakan syarikat China yang tersenarai awam milik kerajaan yang membekalkan perkakasan kepada Qualcomm, Broadcom dan Texas Instruments dan banyak lagi syarikat terkenal yang lain.

{suggest}

Sumber: Reuters

Berkaitan