Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 6000mAh

Produk realme Seterusnya Adalah Sebuah Peranti Dengan Bateri 6,000mAh

Diterbitkan Julai 14, 2020 oleh Meor Hasyim

Musim realme dengan peranti pintar belum berakhir lagi kerana realme akan melancarkan sebuah peranti baharu tidak lama lagi. Apa yang menarik mengenai peranti ini adalah baterinya berkapasiti 6,000mAh yang merupakan kapasiti terbesar dalam sejarah realme setakat ini.

Namun, tiada maklumat lain seperti nama peranti atau spesifikasi mengenainya. Ia diperolehi dari Instagram Pengurus Pemasaran realme di Indonesia, Palson Yi yang memuat naik sebuah imej poster peranti realme dengan 6,000mAh.

https://www.instagram.com/p/CCkvpWSAwLp/?utm_source=ig_web_copy_link

Peranti ini juga akan dilancarkan di negara tersebut dan tiada tarikh pelancaran yang tertera melainkan “Coming Soon” sahaja. Mungkin pada masa akan datang, realme akan mula mengacah maklumat lain seperti spesifikasi serta namanya.

Namun apa yang pasti, ia sudah tentu merupakan peranti kelas pertengahan ataupun kelas permulaan disebabkan sudah menjadi norma peranti kelas sebegini dimuatkan dengan bateri bersaiz gergasi.

Sumber: Palson Yi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY