Prob itu menuju matahari pada kelajuan 244,255 mph!.
Prob solar NASA yang bernama Parker telah mencipta rekod baru dengan menjadi objek terpantas yang pernah dihasilkan manusia ketika ini.
Parker yang dilancarkan pada Ogos 2018 dulu dibina oleh NASA dengan tujuan menghampiri matahari bagi membantu ahli saintis menjalankan penyelidikan seperti memahami corona matahari dan kesan angin solar kepada planet bumi.
NASA menerusi blognya pada1 Februari lalu memaklumkan bahawa prob mereka bergerak ke matahari dengan baik setakat ini.
Malah ketika perjalanan prob itu ke arah haluan yang dikenali sebagai perihelion, NASA mengesanProb Solar Parker telah bergerak pada kelajuan 244,255 batu per jam atau bersamaan dengan 393,044 kilometer per jam.
Sekaligus menjadikannya objek terpantas yang pernah dihasilkan manusia setakat ini.
Malah dijangkakan prob itu akan terus mencipta rekod kelajuan yang lebih dari itu sepanjang programnya yang berjalan sehingga 2024 bagi menghampiri matahari dengan jarak sehampir 4.3 juta batu dari permukaan matahari.
Prob Solar Parker direka dengan keupayaan yang membolehkannnya bertahan suhu panas matahari.
Ketika itu, jarak prob dengan matahari adalah dianggarkan sekitar 11.5 juta batu atau bersamaan dengan 18.6 juta kilometer.
Suhu yang direkod prob pada jarak itu pula adalah setinggi 1,134 darjah Fahrenheit (612 darjah Celcius).
Prob itu akan terus mengumpul data-data yang dikumpulnya sehingga 29 Februari ini. Data-data terkumpul itu pula hanya akan dimuat turun NASA pada awal Mac nanti.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=ReQAUocScw0&feature=emb_logo
Berkaitan
- NASA Minta Semula Debu Bulan Dan Lipas Dari Misi Apollo 11 Yang Hendak Dilelong
- NASA Beri Amaran, Jangan Rakam Gerhana Matahari Dengan Telefon Pintar
- NASA Akan Menghentam Asteroid Dengan Kapal Angkasa Selaju 22 Ribu Km/j Hari Ini
- NASA Berjaya Hubungi Kapal Angkasa Yang Terletak 11.6 Bilion Batu Dari Bumi
- NASA Jalankan Simulasi Hidup Di Marikh, Sukarelawan Dibayar ~RM46/jam
- NASA Kesan 5 Asteroid Sedang Menghampiri Bumi, Salah Satunya Bersaiz Sebuah Stadium
- Akhirnya Roket Paling Berkuasa NASA Misi Ke Bulan Dilancarkan
- NASA Akan Kembali Ke Bulan Menerusi Artemis 1 Hari Ini
- Lancar Atau Tidak, Roket NASA Ke Bulan Mungkin Luput Pada Disember Ini
- NASA Sahkan Penemuan Planet 'Super-Earth' Baharu "Hampir" Dengan Bumi