WhatsApp yang merupakan sebuah aplikasi permesejan daripada Facebook menjadi bualan hangat warganet sejak bulan yang lalu.
Ia mula memuncak sejak WhatsApp mengemaskini polisi baharu mereka. Malah, turut dikaitkan dengan penggodaman apabila WhatsApp pertama kali berkongsi status pertama mereka kepada umum.
Berikutan masalah ini, isu privasi WhatsApp masih dipersoal sehingga kini dan disebabkan itu, Telegram yang merupakan aplikasi alternatif menjadi pilihan orang ramai pada Januari lepas.
Berdasarkan data yang dikongsikanĀ Sensor Tower, Telegram menerima muat turun tertinggi secara keseluruhan di dunia dimana lebih daripada 63 juta muat turun dilakukan pada Januari 2021.
India merupakan negara yang paling banyak memasang aplikasi ini iaitu sebanyak 24% dan diikuti Indonesia sebanyak 10%.
Jika dilihat pada Disember 2020, WhatsApp menduduki tangga kedua secara keseluruhan dan kini ia berada pada kedudukan kelima dibelakang aplikasi Signal.
Walau bagaimanapun, adakah isu privasi menjadi faktor utama terhadap kejatuhan WhatsApp atau pengguna hanya mengikutĀ trend dan akan terus kekal menggunakan WhatsApp pada masa hadapan.
Sumber: Sensor Tower