Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lebih RM445 Billion Dibelanjakan Di App Store Dan Play Store Pada 2020

Posted on Januari 6, 2021Januari 6, 2021

Tahun 2020 menyaksikan rekod baharu dimana pendapatan aplikasi mudah alih meningkat sebanyak 30.2% pada tahun 2020 berbanding tahun 2019.

Menurut laporan daripada Sensor Tower, Apple memperoleh pendapatan sebanyak AS$72.3 bilion sementara Google Play pula AS$38.6 bilion. App Store turut dilihat menjana 87.3% lebih banyak pendapatan berbanding Play Store.

Secara keseluruhan, TikTok merupakan aplikasi yang paling banyak dimuat turun menerusi kedua-dua platform walaupun aplikasi tersebut menerima pelbagai reaksi masyarakat tetapi jumlah muat turunnya adalah tertinggi.

Selain itu, bagi kategori permainan, tidak hairan permainan Among Us yang menjadi sebuah fenomena dunia ketika pandemik global melanda menjadi permainan yang paling banyak di muat turun.

Berdasarkan data-data tersebut juga, pertumbuhan yang dijana melalui aplikasi mudah alih sangat drastik. Ia mungkin juga disebabkan tahun lalu, ramai individu menghabiskan masa yang banyak di rumah.

Sumber: Sensor Tower

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress