Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WA Wide

WhatsApp Kongsi Status Pertama Bagi Ingatkan Pengguna Terhadap Privasi

Diterbitkan Januari 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Sejak WhatsApp mengemaskini terma baharu dalam perkhidmatan mereka, banyak pengguna yang telah beralih kepada Telegram atau Signal.

Susulan daripada itu, WhatsApp juga dilihat sedaya upaya untuk memastikan penggunanya kekal untuk menggunakan aplikasi permesejan ini.

Pertama kali, ia tampil dengan penjelasan kemas kini privasi tersebut menerusi laman WhatsApp. Kemudian, mereka telah berkongsi status pertama berkaitan privasi ini kepada beberapa pengguna di India dan Mexico.

WhatsApp Kongsi Status Pertama Bagi Ingatkan Pengguna Terhadap Privasi

Hari ini, WhatsApp dilihat berkongsi status tersebut buat seluruh pengguna mereka secara global. Menerusi perkongsian itu, mereka menekankan bahawa WhatsApp sangat komited menjaga privasi pengguna.

Walau bagaimanapun, status yang dikongsikan ini adalah sedikit berbeza daripada yang dilaporkan WABetaInfo dimana WhatsApp menyatakan mereka tidak akan berkongsi kenalan anda di Facebook dan tidak dapat lihat lokasi yang dikongsikan pengguna.

WhatsApp Kongsi Status Pertama Bagi Ingatkan Pengguna Terhadap Privasi
WhatsApp Kongsi Status Pertama Bagi Ingatkan Pengguna Terhadap Privasi
WhatsApp Kongsi Status Pertama Bagi Ingatkan Pengguna Terhadap Privasi
WhatsApp Kongsi Status Pertama Bagi Ingatkan Pengguna Terhadap Privasi

Selain itu, segala perbualan pengguna tidak boleh dibaca atau didengar kerana permesejan itu disulitkan hujung ke hujung (end-to-end encryption).

WhatsApp Kongsi Status Pertama Bagi Ingatkan Pengguna Terhadap Privasi
WhatsApp Kongsi Status Pertama Bagi Ingatkan Pengguna Terhadap Privasi
WhatsApp Kongsi Status Pertama Bagi Ingatkan Pengguna Terhadap Privasi
WhatsApp Kongsi Status Pertama Bagi Ingatkan Pengguna Terhadap Privasi

Tambahan lagi, WhatsApp akan terus berkongsi maklumat kemas kini terbaharu mereka melalui status. Ini dilihat sama seperti mana yang dilakukan pada Telegram iaitu pengguna dapat mengetahui pembaharuan yang ada pada setiap versi baharu.

Oleh itu, dengan pembaharuan daripada WhatsApp ini, adakah anda masih ingin menggunakannya? Bahkan, Telegram juga telah membenarkan anda memindahkan perbualan daripada WhatsApp ke Telegram.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY