Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Perkenal Cip HEDT Dengan 64 Teras, AMD Ryzen Threadripper 3990X

Prestasi AMD Ryzen Threadripper 3990X Mengatasi Cip Intel Dual Xeon Platinum 8280

Diterbitkan Februari 4, 2020 · Dikemas kini Februari 4, 2020 oleh ariff bukhari

Cip AMD itu hanya berharga USD4,000 berbanding Intel yang berharga lebih daripada USD20,000.

Berdasarkan kepada semakan di laman SiSoftware database oleh Overclockers.ru, didapati prestasi cip pemprosesan AMD Ryzen Threadripper 3990X telah mengatasi keupayaan pemprosesan cip Intel Dual Xeon Platinum 8280.

Menurut keputusan benchmark SiSoftware, cip AMD Ryzen Threadripper 3990X mencapai skor setinggi 1786.22 GOPS. Ia adalah 17.8% lebih tinggi berbanding cip Intel Dual Xeon Platinum 8280.

Bukan itu sahaja, harga cip terbaru AMD itu juga adalah jauh lebih murah di mana ia hanya berharga USD4,000 sahaja. Sementara cip Intel itu pula berharga lebih daripada USD20,000.

 AMD Ryzen Threadripper 3990X

Cip pemprosesan AMD berkuasa tinggi dengan 64 teras itu telah pun diperkenalkan di pameran CES 2020 yang berlangsung di Las Vegas awal Januari lalu.

Threadripper 3990X akan mula dipasarkan pada 7 Februari ini pada harga sekitar USD4,000.

Manakala, cip Intel Dual Xeon Platinum 8280 (cascade lake) pula sudah dipasarkan sejak April tahun lepas.

Perlumbaan menghasilkan cip berkuasa tinggi bagi komputer meja setakat ini dipegang oleh AMD di mana mereka bukan sahaja telah berjaya menghasilkan cip pemprosesan dengan 64 teras yang pertama di dunia.

Tetapi juga menawarkan cip mereka pada harga yang jauh lebih murah daripada cip Intel.

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY