Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pos malaysia star wars

Pra Tempah Set Setem Edisi Terhad Dan Pek Istimewa Filem Star Wars: The Rise of Skywalker

Diterbitkan Disember 21, 2019 · Dikemas kini Disember 21, 2019 oleh ariff bukhari

Wajib dimiliki khususnya kepada peminat tegar Star Wars.

Sepanjang tahun ini, Pos Malaysia telah mengeluarkan beberapa set setem edisi terhad yang menarik dari komik dan filem seperti set setem edisi terhad sempena ulang tahun ke-80 Batman dan Marvel serta set setem edisi terhad Ejen Ali The Movie.

Kini set setem edisi terhad terbaru dari Pos Malaysia adalah bertemakan filem Star Wars bersempena dengan tayangan filem terbaru Star Wars: The Rise of Skywalker.

Terdapat 2 set pilihan setem bertemakan filem ini iaitu set folder edisi terhad Star Wars dan pek istimewa Star Wars.

Bagi set folder edisi terhad Star Wars, ia mengandungi 3 lampiran setem bersaiz poster, 2 poskad, 3 cenderamata yang mengandungi 10 setem dari 10 karektor ikonik termasuklah kenderaan dan droid dari filem tersebut, 1 folder dan 1 model kertas kapal angkasa X-Wing.

Pra Tempah Set Setem Edisi Terhad Dan Pek Istimewa Filem Star Wars: The Rise of Skywalker

Set lengkap folder edisi terhad Star Wars ini sudah boleh di pra tempah menerusi laman Eziemall pada harga RM120.00.

Manakala bagi pek istimewa Star Wars pula hanya berharga RM10.00 yang mengandungi sekeping poskad, sampul surat dan 10 setem istimewa yang memaparkan 10 karektor ikonik termasuklah kenderaan dan droid dari filem tersebut.Pra Tempah Set Setem Edisi Terhad Dan Pek Istimewa Filem Star Wars: The Rise of Skywalker

Filem Star Wars: The Rise of Skywalker merupakan sekual ketiga dari trilogi Star Wars dan episod terakhir dari saga Skywalker.

Filem tersebut kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 19 Disember 2019.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY