Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pra Tempah ROG Phone 5 Bermula 19 Mac 2021, Percuma ROG Kunai 3 Dengan Kuantiti Terhad

Pra Tempah ROG Phone 5 Bermula 19 Mac 2021, Percuma ROG Kunai 3 Dengan Kuantiti Terhad

Diterbitkan Mac 16, 2021 · Dikemas kini Mac 16, 2021 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, ASUS telah pun melancarkan telefon gaming terbaru mereka iaitu ASUS ROG Phone 5 pada minggu lepas. Terdapat tiga varian yang diperkenalkan dalam siri ini iaitu ROG Phone 5, ROG Phone 5 Pro dan ROG Phone 5 Ultimate.

Peranti ini hadir dengan janaan cip Qualcomm paling berkuasa, Snapdragon 888 dengan pilihan memori sehingga 18GB RAM.

Terkini, ASUS Malaysia mengumumkan ROG Phone 5 boleh di pra-tempah secara eksklusif melalui Shopee bermula 19 Mac hingga 2 April 2021.

Untuk harga jualan, ROG Phone 5 dengan versi 8GB RAM dan 128GB storan ditawarkan pada harga RM2,999. Sementara itu, versi 16GB RAM dan 256GB pula berharga RM3,799. Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Phantom Black dan Storm White.

pra tempah ROG Phone 5

Dalam pada itu, ASUS turut menawarkan ROG Kunai 3 secara percuma dengan kuantiti sejumlah 400 unit, di mana ia terhad kepada 200 unit untuk setiap model.

Bagi anda yang ingin membuat pra tempahan, ianya boleh dilakukan melalui kedai jualan rasmi ASUS di Shopee bermula 19 Mac hingga 2 April nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY