
OPPO juga turut memberi satu khabar gembira lagi buat peminat tegar mereka apabila menawarkan pra tempah OPPO A9 2020 dengan adanya kerjasama daripada rakan kongsi kedai rangkaian seperti Senheng dan senQ, serta rakan-rakan E-dagang mereka, iaitu Lazada dan Shopee.
Bermula hari ini hingga 27 September 2019, buatlah pra tempah telefon pintar OPPO A9 2020 anda di kedai Senheng dan senQ yang berdekatan bagi menikmati faedah eksklusif seperti tambahan 1 tahun jaminan. Mereka juga turut memudahkan perancangan kewangan pelanggan dengan menawarkan pelan pembayaran mudah daripada faedah 0% sehingga 24 bulan.

Selain itu, pihak Senheng dan senQ juga telah menyediakan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM370, termasuklah beg berjenama OPPO yang bernilai RM159, jaminan perlindungan skrin bernilai RM99 serta kad MikroSD 32GB yang bernilai RM112. Kad MikroSD 32GB ini hanya tersedia untuk 500 pelanggan pertama yang ingin mendapatkan OPPO A9 2020 sahaja.
Tawaran-tawaran menarik di atas adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran pra pesanan di Senheng dan senQ, boleh layari laman web rasmi Senheng.
Sementara itu, pelanggan juga boleh menempah OPPO A9 2020 pada platfom E-dagang seperti Lazada dan Shopee dari 23 September hingga 25 September 2019.

Sepanjang tempoh pra pesanan, pelanggan Lazada turut akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM258 dan boleh menikmati pulangan wang tunai sehingga 5% yang bernilai RM59.95 untuk Lazada Wallet mereka. Bagi pelanggan setia Shopee pula, mereka akan menerima hadiah eksklusif sehingga RM347 serta 3000 Shopee Coins.

OPPO A9 2020 menggabungkan ciri berkualiti tinggi dengan kemampuan bersama ciri-ciri fotografi yang cemerlang seperti 48MP Kuad Camera, 8GB RAM dan 128GB memori penyimpanan untuk pengalaman pengguna yang lebih lancar. Tersedia dengan kapasiti bateri 5000mAH yang besar.
Jadi, tempah OPPO A9 2020 anda sekarang dan rasailah kelebihan yang ditawarkan!
Berkaitan
- HONOR 20 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Akan Dijual Pada Harga RM1699
- DJI Spark Sudah Mendarat Di Malaysia, Beli Secara Pra-Tempah
- Qualcomm Jalin Kerjasama Bernilai $12Biliun Bersama Xiaomi, Vivo Dan OPPO
- vivo Y30 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM899
- OPPO Reno 2 Dengan Keupayaan 20x Zoom Akan Dilancarkan 28 Ogos Ini
- Honor 9 Lite Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia
- Teknologi OPPO VOOC Flash Charge Dilesenkan Untuk Beri Nikmat Kepada Pengguna Telefon Pintar Yang Lain
- Paten Dari OPPO Memperlihatkan Ruang Sekeliling Sensor Kamera Swafoto Diletakkan Ikon Aplikasi Kamera
- Samsung Galaxy A31 Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM1099
- Huawei Watch GT 2 Akan Dipasarkan Di Malaysia Pada Harga RM799