Berikut merupakan cara mudah pra-tempah di kedai yang boleh anda ikuti;
- Pergi ke mana-mana outlet Samsung yang mengambil bahagian
- Isi borang pra tempah dengan maklumat yang diperlukan
- Bayar deposit sebanyak RM100
- Simpan resit "salinan pelanggan" yang ada pada borang pra-tempah
- Ketika mahu mengambil telefon pintar, serahkan salinan pelanggan dan juga kad pengenalan di outlet yang sama anda membuat tempahan dan bayar baki pembelian. Pra-tempah boleh diambil bermula 25 Januari sehingga 19 Februari 2017.
Bagi pra-tempah atas talian anda boleh berbuat demikian di laman beli-belah atas talian berikut;
Samsung Malaysia telah memperkenalkan dua buah model untuk pasaran dalam negara iaitu Galaxy A5 dan Galaxy A7. Masing-masing akan dijual pada harga RM 1699 dan RM1899. Galaxy A7 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 5.7 inci dan beroperasi menggunakan platform Android Marshmallow. Diperkasa dengan cip pemproses Exynos 7880 Octa dan storan mampu mencecah 256GB menerusi slot tambahan. Galaxy A5 pula tampil dengan skrin paparan Super AMOLED 5.5 inci dan turut menggunakan cip pemproses dari model yang sama dengan A7.
Promosi ini telah pun berlangsung dari 6 Januari yang lepas dan akan tamat pada 15 Januari ini. Jadi bagi anda yang bercadang memiliki telefon pintar siri Galaxy A jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan fon kepala Level U Pro secara percuma. Untuk maklumat lebih lanjut tentang pra-tempah ini, sila layari laman web rasmi Samsung Malaysia.
Sumber: Samsung Malaysia
Berkaitan
- Buat Emoji Menggunakan Aplikasi Gboard
- Garena Lancarkan Speed Drifters, Muat Turun Sekarang Dari Google PlayStore
- Imej Spesifikasi Snapdragon 735 Dikatakan Mula Tersebar
- Aplikasi Dari Blackberry Ini Mampu Hindar Orang Sekeliling Dari Mengintai Skrin Telefon Anda
- Black Shark Magnetic Cooler Kini Di Malaysia Dengan Harga RM219
- Android Oreo Beta Bagi Honor 8 Pro Sudah Mula Ditawarkan
- Jualan Awal Siri Huawei P30 Bakal Dilangsungkan Lebih Meluas Dalam Negara
- Peminat Desak Xiaomi Jual Mi 10 Ultra Untuk Pasaran Luar China
- Microsoft Akan Bangunkan "Netflix for games"
- Imej Sebenar Telefon Pintar Razer Didakwa Telah Tertiris