Pra-Pesanan Untuk Galaxy Note 8 DI Korea Selatan Hampir Mencecah 400,000 Pada Hari Pertama

Sama seperti apa yang dialami Nintendo melalui Nintendo Switch, Samsung Galaxy Note 8 merupakan peluang Samsung untuk menebus kehampaan selepas pelancaran Samsung Galaxy Note 7 mereka yang dicemari isu yang tidak diingini.

Mengikut Samsung, di Korea Selatan sahaja, jumlah pra-pesanan yang mereka terima untuk peranti Galaxy Note 8 pada hari pertama adalah 395,000. Jumlah ini mengatasi jumlah pra-pesanan untuk peranti Galaxy Note 7 yang berjumlah 380,000.

Samsung juga berkata yang model 64 GB menjadi model yang popular yang merangkumi 65% dari jumlah pra-pesanan sementara bakinya adalah untuk model 256 GB. Peranti berwarna hitam juga paling popular setakat ini diikuti model berwarna biru.

Statistik tersebut adalah untuk pasaran Korea Selatan sahaja dan untuk itu sahaja nampaknya Samsung sudah boleh melupakan kegagalan lampau mereka dan mula mengorak langkah bagi mecatatkan keuntungan untuk tahun kewangan 2017.

Sumber