Kali terakhir Samsung memperkenalkan barisan tablet mereka adalah pada Oktober tahun lalu iaitu Galaxy Tab A7, sebuah tablet mampu milik.
Semalam, Samsung memperkenalkan Galaxy Tab S7 FE dan Galaxy Tab A7 Lite sebagai tambahan baharu bagi barisan tablet mereka.
Menurut Samsung, kedua-dua tablet baru ini dilengkapi ciri bersesuai dengan kegunaan harian pada harga lebih murah dan mampu milik.
Baca juga – Samsung Galaxy Tab A7 Kini Jauh Lebih Mampu Milik
Galaxy Tab S7 FE ini dihadirkan dengan paparan 12.4-inci Full HD+ dengan kadar segar 60Hz. Menariknya, ia juga menyokong fungsi S Pen yang disertakan sekali didalam kotak pembelian.
Selain itu, tablet ini dijana Snapdragon 750G dengan pilihan RAM dan storan 4GB/64GB atau 6GB/128GB beserta tambahan slot microSD sehingga 1TB.
Tablet ini turut mempunyai kapasiti bateri 10,090mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W yang sama seperti model S7+ sebelum ini.
Baca juga – Tablet Baru Lenovo Guna Cip Snapdragon 870 Dan Paparan OLED 90Hz
Berbanding S7 FE, Galaxy Tab A7 Lite tidak disertakan sekali S Pen tetapi sesuai dijadikan peranti mudah alih dan gaming bajet.
Model A7 Lite mempunyai paparan LCD berukuran 8.7-inci, dikuasakan cip Helio P22T dengan pilihan RAM dan storan 3GB/32GB serta 4GB/64GB.
Baca juga – Pasaran Tablet Dunia Kekal Didominasi Apple
Tambahan lagi, pembeli dua tablet terbaru ini akan mendapat akses Samsung TV Plus secara percuma untuk menonton saluran kegemaran tanpa had.
Bagi harga pula, masing-masing akan djual sekitar £590 (~RM3461) dan £150 (~RM880). Masuk atau tidak ke pasaran Malaysia, sama-sama kita nantikan.
Sumber: Samsung