Rekaan Panel Depan iPhone 8 Dan Sokongan Membuka Peranti Menggunakan Wajah Infra Merah Tertiris Dalam Perisian HomePod

Perisian pertama untuk speaker pintar Apple, HomePod bukan sahaja memberi peluang kepada pembangun untuk mempelajari serba sedikit mengenai peranti speaker pintar itu malah secara tidak sengaja memberi gambaran mengenai satu lagi peranti Apple yang ditunggu-tunggu iaitu iPhone 8.

Speaker HomePod yang bakal dikeluarkan pada bulan Disember nanti akan menggunakan iOS terbaru yang dikeluarkan Apple pada minggu lepas.

Seorang pembangun iOS bernama Steve Troughton-Smith mendedahkan yang dia menjumpai satu set kod yang dipercayai akan menyokong iPhone 8 dalam fungsi membuka peranti menggunakan wajah.

Teknologi itu bakal disokong dengan menggunakan teknologi infra merah bagi membantu mengesan wajah pemilik peranti.



Pendedahan ini hadir semasa Apple dikatakan menghadapi masalah untuk mengintegrasikan Touch ID kedalam skrin OLED yang memungkinkan Apple akan membuang Touch ID dan menggantikannya dengan sesuatu yang lain.

Peranti iPhone 8 akan dikeluarkan pada bulan September ini sama seperti apa yang Apple lakukan pada masa lepas.

Sumber