Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 8 Dikhabarkan Dilancarkan Dalam Kuantiti Terhad

iPhone 8 Dikhabarkan Dilancarkan Dalam Kuantiti Terhad

Diterbitkan Mac 24, 2017 oleh Wiser MY

Sepeti biasa, iPhone Apple akan selalu digembar-gemburkan setiap tahun, iPhone tahun ini mungkin berada tahap yang berbeza seperti apa yang sudah kita dengar di khabar angin. Mungkin juga Apple telah mengeluarkan rekaan yang sama untuk 3 generasi iPhone mereka.

Walaubagaimanapun, jika anda berharap untuk mendapatkan edisi iPhone ke 8 semasa pelancaran mereka, anda mungkin perlu bertindak cepat. Kalau mengikut kajian oleh Barclays, Blayne Curtis, Christopher Hemmelgarn, Thomas O’Malley, dan Jerry Zhang, majoriti stok iPhone 8 dijangka hadir pada kuarter ke 4 tahun 2017.

Penanalisa membayangkan yang Apple akan melancarkan iPhone 8 hujung tahun ini dan akan dijual seperti biasa. Namun, kumpulan pertama akan ada dalam jumlah yang sedikit dan mungkin akan kehabisan stok sebelum anda dapat membelinya. Ia dijangka akan mengalami situasi yang sama dengan iPhone 7 versi Jet Black yang sukar didapati semasa pelancaran.

Kita tidak tahu mengapa Apple tidak mempunyai stok yang banyak pada pelancaran, mungkin ia berkenaan pembekal OLED yang tidak banyak atau mungkin proses pembuatan yang semakin kompleks berbanding model sebelum ini. Apa-apa pun kepada sesiapa berhasrat untuk memiliki model terbaru iPhone tahun ini, boleh mula untuk menyimpan wang kerana harganya dijangka naik sempena ulangtahun ke-10 iPhone.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY