Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pos Malaysia Mengesahkan Cubaan Serangan Penggodam Ke Atas Sistem Operasi Mereka

Pos Malaysia Memendekkan Waktu Operasi Dan Menutup Sementara Beberapa Pejabat Pos Dan Pos Laju Terpilih

Diterbitkan Mac 21, 2020 · Dikemas kini Mac 21, 2020 oleh ariff bukhari

Urusan JPJ juga tidak boleh dibuat di Pejabat Pos Malaysia ketika ini.

Bermula semalam, Pos Malaysia memaklumkan bahawa mereka memendekkan waktu operasi iaitu dari 20 Mac sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Pos Malaysia memaklumkan, dari hari Isnin hingga Jumaat, waktu operasi baru mereka adalah dari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang.

Manakala pada hari Sabtu pula, waktu operasi Pos Malaysia adalah dari jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 petang sahaja.

Sementara bagi pejabat pos yang berada di dalam pusat beli-belah, waktu operasi adalah bermula dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang dari hari Isnin hingga Sabtu.

Malah Pos Malaysia juga memaklumkan, urusan JPJ tidak dapat dilakukan sekarang dipejabat pos sehingga diberitahu kelak.

Ia berikutan penutupan perkhidmatan kaunter agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan sehingga 31 Mac 2020.

Selain itu, Pos Malaysia juga memaklumkan penutupan sementara beberapa pejabat pos dan Pos Laju bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Berikut adalah senarai pejabat pos dan Pos Laju yang terkesan dengan perintah tersebut:-

pos laju

Untuk info lanjut, layari laman Facebook Pos Malaysia atau akaun Twitter Pos  Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY