Bagaimanapun, baru-baru ini mereka sudah pun mengesahkan bahawa penularan pornografi kanak-kanak menjadi punca Tumblr dikeluarkan daripada App Store. Kenyataan itu dibuat dan dilaporkan oleh Download.
Tumblr mempunyai sistem penapisan untuk melindungi dan menghalang kiriman-kiriman yang menyalahi undang-undang seperti pornografi kanak-kanak. Namun, sistem tersebut nampaknya telah berjaya ditembusi oleh beberapa pihak kebelakangan ini.
Menurut sumber, Tumblr komited dalam memastikan penggunaan internet yang selamat bagi semua lapisan umur dan tidak akan bertoleransi dengan sebarang kandungan yang melibatkan pornografi dan penderaan kanak-kanak. Mereka juga mendakwa sudah bekerjasama dengan banyak pihak bagi memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.
Kedua-dua pihak, Apple dan Tumblr kini sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini sekaligus membolehkan Tumblr kembali disenaraikan pada gedung aplikasi iOS berkenaan dalam masa terdekat.
Sumber: Download.Cnet
Berkaitan
- [Video] Adakah Ini Rupa Akhir iPhone 8?
- Google Pixel 3 XL Terima Penarafan A+ Tertinggi Dari DisplayMate, Ambil Alih Kedudukan iPhone XS Max
- Huawei Hukum Pekerja Selepas Membuat Kiriman Twitter Menggunakan iPhone
- Apple Setuju Bayar Pemenang "Shot on iPhone" Selepas Terima Kritikan
- Apple Watch Series Two Diumumkan Semasa Pelancaran iPhone 7
- Rekaan iPhone 7 Dikhabarkan Tidak Mempunyai Butang Home.
- Samsung Lancarkan Program iOS Beta Untuk Gear S2 Dan Gear Fit 2
- CES 2017: Xiaomi - Mi TV4 Lebih Nipis Berbanding iPhone 7
- Qualcomm Beri Jaminan Sistem Cip Samsung Galaxy S10 Setanding Dengan iPhone 2018
- Seksi- Sekilas Pandang iPhone 8 Berwarna Merah