Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
163,000 Pengguna VSP Di KL Bantu Banteras Jenayah – Ketua Polis KL

163,000 Pengguna VSP Di KL Bantu Banteras Jenayah – Ketua Polis KL

Diterbitkan Disember 20, 2018 oleh Helmi Samsuri
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Seramai 163,000 pengguna telefon pintar mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di Kuala Lumpur setakat ini sebagai langkah membantu polis membanteras jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata selaras dengan perkembangan teknologi terkini, pengguna dapat menyalurkan maklumat dengan lebih cepat terus kepada polis melalui aplikasi ini.

“Ini secara tidak langsung memudahkan anggota untuk melakukan tugas serta ke lokasi kejadian dalam menyelamatkan nyawa atau harta benda…‘response time’ amat penting,” katanya kepada pemberita selepas Program Kepolisan Berprofil Tinggi (High Profil Policing) di sini, hari ini.

Mazlan berkata identiti pemberi maklumat sama ada melalui aplikasi VSP atau secara terus kepada pihak polis akan dilindungi sebagai langkah keselamatan.

VSP dilancarkan pada Mac 2017 dan aplikasi ini  boleh dimuat naik secara percuma di Playstore untuk telefon pintar Android dan Appstore untuk Iphone.

— BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY