Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google play store

Satu Lagi Pembangun Aplikasi Dari China Disekat Google, Langgar Polisi Pengiklanan

Diterbitkan Julai 17, 2019 · Dikemas kini Julai 17, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pembangun aplikasi dari China, CooTek kini telah dikenakan sekatan oleh Google dimana mereka tidak lagi boleh mengakses platform iklan dan sejumlah aplikasi turut dibuang.

Ini adalah lanjutan daripada pelanggaran polisi pengiklanan melalui penggunaan plugin perisian iklan yang dipanggil BeiTaAd. Plugin tersebut dikatakan menghantar iklan secara agresif walaupun telefon pintar atau aplikasi tidak digunakan. Perkara ini disedari selepas kajian dilakukan oleh Lookout dimana ia menunjukkan beratus-ratus aplikasi CooTek disertakan dengan BeiTaAd.

CooTek menyatakan mereka akan membuang BeiTaAd daripada aplikasi tetapi Lookout kemudiannya menyedari banyak aplikasi pembangun tersebut dikemaskini pada platform Google PlayStore mengandungi kod berasingan yang mengaktifkan iklan yang sama.

Penemuan Lookout tersebut dibalas jurucakap CooTek sebagai tidak mempunyai bukti yang kukuh namun Google yakin mengenai perkara itu dengan mengambil tindakan tegas menyekat CooTek.

Sebelum ini, Google juga sudah mengambil pendekatan yang sama terhadap pembangun dari China dimana Do Global yang membangunkan aplikasi popular, ES Global, turut disekat pada Google PlayStore.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY