Pocophone F1 Armoured Edition Akan Mula Dijual Di Malaysia 27 September Ini

Pocophone F1 atau Poco F1 menjadi satu fenomena dalam industri telefon pintar sejak diperkenalkan lebih kurang sebulan lalu. Mana tidaknya, dengan spesifikasi premium yang dimiliki, ia hanya terjual pada harga RM 1,499 bagi variasi tertingginya.

Pada pelancarannya di India bulan lepas, Xiaomi turut melancarkan satu edisi terhad bagi peranti ini iaitu Poco F1 Armoured Edition. Ia mempunyai panel belakang ala kevlar berbanding polycarbonate pada versi standard.

Kredit : The Verge


Bagaimanapun, ia hanya akan hadir dengan variasi 6GB RAM dan 128GB simpanan dalaman sahaja. Di India, edisi terhad ini mempunyai memori 8GB serta simpanan dalaman sebesar 256GB.

Baca juga : (Ulasan) Pocophone F1 – Telefon Pintar Paling “Pailang” 2018

Namun, sesuai dengan statusnya sebagai edisi terhad, model ini hadir ke Malaysia dengan jumlah unit yang sangat terhad dan hanya akan dijual di Mi Store Sunway Pyramid dan Sutera Mall, Johor sahaja.

Harga jualan pula dilaporkan adalah pada RM 1,599, cuma RM 100 lebih mahal berbanding edisi biasa. Maka bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, pastikan anda mengambil peluang ini sebaik mungkin apabila ia mula dipasarkan kelak.

 

Sumber : Lowyat.net