Hugo Barra juga menjadi muka depan syarikat Xiaomi secara global. Ramai pihak khuatir kehilangan Hugo Barra sedikit sebanyak memberi impak yang besar terhadap Xiaomi, Walaupun ketika ini Xiaomi dilihat kukuh di dalam sektor pembuatan gajet, ianya agak menarik untuk melihat bagaimana Xiaomi akan bergerak kehadapan tanpa Hugo Barra yang dikhabarkan berpindah ke Sillicon Valley untuk "cabaran" baru dan atas alasan mahu hidup berdekatan dengan keluarga beliau di Brazil.
Merujuk kirimannya di Facebook, Hugo Barra memberitahu pengalaman berkerja bersama Xiaomi adalah pengalaman paling bermakna di dalam hidupnya. Beliau juga turut menegaskan Xiaomi berada di dalam keadaan yang cemerlang ketika ini dan beliau merasakan inilah masa yang terbaik untuk meninggalkan Xiaomi dengan hati yang tenang.
Beliau juga turut menambah sejak penglibatannya bersama Xiaomi, syarikat tersebut telah meluaskan pasaran secara global dan menjadi pesaing utama setiap gajet di pasaran. Penglibatannya juga memperlihatkan peningkatan populariti terutamanya sambutan yang mendadak di Malaysia, Singapura, Indonesia dan India sejak Xiaomi melancarkan telefon pintar kelas pertengahan pada tahun 2015 yang lalu. Dan baru-baru ini mereka turut melebarkan sayap mereka sehingga ke 20 pasaran baru termasuklah Russia, Mexico, dan Poland.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Huawei Umum Honor 10 Ke Pasaran Malaysia Pada 22 Mei Ini
- Counterpoint Iktiraf Oppo Sebagai Peneraju Telefon Pintar Premium
- Facebook Live Kini Tampil Untuk Platform PC
- Teknologi Baru Ini Membolehkan Anda Kongsi Bateri Peranti Anda Dengan Peranti Lain
- Black Shark 2 Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai Black Shark Helo
- Honor 10 Lite Terjual Sebanyak 1,200 Unit Dalam Tempoh 3 Jam Jualan
- MultiROM Kini Tersedia Buat Peranti Pocophone F1, Benarkan Pengguna Menggunakan "Dual Booting"
- Google Memisahkan Aplikasi Hangout Kepada 'Meet' Dan 'Chat'
- Dapatkan Redmi Note 8 Pro Dengan Harga RM999 Di Lazada dan Shopee
- Kemaskini Terbaru Apple Music Untuk Android Mempamerkan Rekaan Baru