Pocophone F1 128GB Kini Ditawarkan Dengan Harga Yang Lebih Murah

Xiaomi Pocophone F1 telah mencipta satu fenomena dalam industri telefon pintar dunia ketika dilancarkan tahun lepas apabila muncul sebagai peranti Snapdragon 845 dengan tanda harga yang sangat mampu milik.

Tidak cukup dengan itu, sebuah sebuah kedai di gedung atas talian Lazada, Elite Mobile kini memberikan potongan harga sebanyak RM140 kepada variasi 128GB ROM untuk Pocophone F1.

Ini menjadikan peranti tersebut boleh dimiliki dengan harga RM1,359 berbanding RM1,499 sebelum ini. Model ini disokong dengan memori sebesar 6GB.



Menurut laman Elite Mobile, model yang ditawarkan adalah model rasmi Xiaomi Malaysia serta akan disertakan dengan waranti rasmi dari Xiaomi.

Pocophone F1 didatangkan dengan sistem cip Snapdragon 845, skrin IPS LCD 6.18-inci, bateri berkapasiti 4,000mAh serta sistem penyejukan cecair.

Anda yang berminat perlu mendapatkannya dengan kadar segera kerana melalui tinjauan kami, hanya tinggal 5 unit sahaja iaitu 3 untuk variasi warna Hitam dan 2 untuk warna Biru.

 

Sumber: Elite Mobile via LAZADA

Berkaitan