OPPO F11 Pro Edisi Terhad Avengers Bakal Hadir Dengan 6GB RAM, 128GB Simpanan Dalaman

Kehangatan filem Avengers: Endgame ditingkatkan lagi oleh pihak OPPO apabila mereka bakal melancarkan sebuah edisi peranti untuk filem tersebut.

OPPO F11 Pro Avengers Edition akan dilancarkan pada 24 April ini dan ia bakal ditawarkan dengan lebih banyak simpanan dalaman dua kali lebih tinggi daripada model biasa iaitu sebesar 128GB.



Peranti ini juga akan mempunyai rekaan panel belakang dengan tema Avengers. Selain daripada itu, model ini akan mempunyai spesifikasi yang serupa dengan model asasnya sebelum ini.

Antara spesifikasi lainnya ialah penggunaan cip MediaTek Helio P70, kamera utama 48MP+5MP, kamera hadapan jenis pop-up 16MP serta pengecasan pantas VOOC bagi bateri 4000mAh-nya.

Bagaimanapun ketika ini tiada maklumat mengenai harga jualan model tersebut telah didedahkan. Ia bermakna peminat perlu menunggu sehingga ia dilancarkan 24 April nanti.

Sumber: OPPO Malaysia