Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO X8s_Lifestyle_Eye care display_RGB JPG

POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399

Diterbitkan November 6, 2026 · Dikemas kini November 6, 2026 oleh ariff bukhari

POCO hari ini secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharu, POCO X8s, yang mengetengahkan reka bentuk kompak dan prestasi tinggi di Malaysia.

Dengan ketebalan hanya 8.06mm dan berat 187g, peranti ini hadir dengan skrin 6.35 inci 1.5K AMOLED (3,500 nits) dengan nisbah paparan adapatif 1-120Hz bagi keselesaan penggunaan satu tangan.

Sistem kameranya dibekalkan kamera utama 50MP (sensor Light Fusion 800 dengan OIS), lensa telefoto 50MP (2.5x zut), dan lensa ultra-lebar 8MP.

Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon® 7 Gen 4 bersama sistem penyejukan POCO 3D IceLoop, telefon ini menyokong bateri besar 6,330mAh dengan pengecasan pantas 100W HyperCharge.

Ciri lain termasuk ketahanan kalis air/debu IP68, pengimbas cap jari ultrasonik, dan pembesar suara dwi-stereo.

POCO X8s ditawarkan dalam tiga pilihan warna (Hitam, Biru, Putih) dengan promosi harga pengenalan RM1,399 bermula 10 hingga 25 November 2026.

POCO X8s KV

  • 8GB + 256GB: RM1,399 (Harga Asal: RM1,899)
  • 12GB + 512GB: RM1,699 (Harga Asal: RM2,099)

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Ini 10 Telefon Android Dengan Skor Tertinggi Dalam Ranking Global AnTuTu Oktober 2026
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
©2026 WISER.MY