Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
image001 (2)

ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299

Diterbitkan November 6, 2026 · Dikemas kini November 6, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia telah mengumumkan ketibaan barisan komputer riba terbaharunya, iaitu siri Zenbook 14 (UX3480) serta Vivobook S14 (S5408QA) dan S16 (S5608QA).

Barisan peranti ini direka khusus untuk pengguna yang mementingkan gaya hidup dinamik serta prestasi kerja yang optimum dengan keupayaan prestasi AI yang memberikan kelancaran dalam tugasan harian serta multi tugas dengan efisien.

Dengan ketahanan bateri sehingga 30 jam, peranti-peranti ini menjanjikan mobiliti tinggi buat pengguna yang sentiasa bergerak.

Dari segi reka prestasi, Zenbook 14 tampil dengan 3 pilihan pemproses iaitu Snapdragon X (X1-26-100), AMD Ryzen AI 5 330 dan Intel Core Ultra 5 Processor 325 atau Intel Core Ultra 7 Processor 355  yang dipadankan dengan RAM 16GB LPDDR5X serta storan 512GB.

Zenbook 14 e-Store Exclusive Pre-order
Zenbook 14 menampilkan material Ceraluminum dalam pilihan warna menarik seperti Arctic Blue, Komodo Coral, dan Zabriskie Beige.

Sementara, siri Vivobook S hadir dalam saiz 14 dan 1 6dipacu oleh pemproses Snapdragon X (X1-26-100) yang dipadankan dengan RAM 16GB LPDDR5X dan storan  512GB.

Ia turut menampilkan binaan aluminium premium dalam pilihan warna Light Blue dan Matte Gray.

ASUS Vivobook S16_S5608QA_Scenario photo_Light Blue
ASUS Vivobook S16.

Pengalaman visual juga menjadi keutamaan dengan penggunaan paparan OLED yang lebih terang dan kaya dengan warna, di samping perlindungan cahaya biru.

Komputer riba ini turut dibina dengan reka bentuk ringan bermula daripada 1.1kg, menjadikannya sangat mudah dibawa ke mana-mana.

Harga yang ditawarkan untuk Zenbook 14 adalah bermula RM4,599 sehingga RM6,499, manakala siri Vivobook S pula bermula pada harga RM4,299.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • DJI Lancar Power Auro 2000 Elite, Stesen Kuasa 2kWh Lebih Kompak Pada Harga RM6,509

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Lancar Power Auro 2000 Elite, Stesen Kuasa 2kWh Lebih Kompak Pada Harga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
©2026 WISER.MY