Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO X5 Pro 5G Dan X5 5G Akan Dilancar Pada Minggu Depan

POCO X5 Pro 5G Dan X5 5G Akan Dilancar Pada Minggu Depan

Diterbitkan Januari 31, 2023 ยท Dikemas kini Januari 31, 2023 oleh Amalina Athman

POCO kini mengumumkan acara pelancaran global POCO X5 Pro 5G dan X5 5G dijadualkan berlangsung pada 6 Februari 2023.

Berkaitan

  • Redmi K60 Mungkin Memasuki Pasaran Global Sebagai POCO F5 Pro
  • Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi, Spesifikasi POCO F5 Pro Didakwa Didedahkan

Ditempatkan dalam kelas pertengahan, ura-ura mengatakan POCO X5 Pro 5G adalah versi penjenamaan semula Redmi Note 12 Speed Edition yang dikuasakan cip pemproses Snapdragon 778G, 108MP kamera utama serta kapasiti bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W.

This February, we are bringing the spotlight back to a series of Mid-range kings! ๐Ÿ‘‘

#TheSecretToWin #POCOX5Pro5G #POCOX55G pic.twitter.com/JQVUbwyAJU

— POCO (@POCOGlobal) January 30, 2023

Sementara itu, POCO X5 5G dikatakan akan hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 695. Sebagai tambahan, tinjauan ketika ini mendapati POCO X5 5G sudah pun menerima pengesahan SIRIM.

POCO X5 Pro 5G Dan X5 5G Akan Dilancar Pada Minggu Depan

Bagaimanapun, tiada maklumat rasmi yang didedahkan mengenai spesifikasi kedua-dua peranti berkenaan, setakat ini.

Dijangka lebih banyak maklumat mengenainya akan didedahkan dari semasa ke semasa, menjelang pelancaran 6 Februari kelak. Acara pelancaran ini boleh ditonton secara penstriman langsung pada jam 8.00 malam, melalui platform rasmi POCO di YouTube, Facebook dan sebagainya.

Sumber: POCO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY