Poco X2 Akan Dilancarkan Pada 4 Februari

Poco telah mengumumkan tarikh pelancaran Poco X2 iaitu pada 4 Februari ini di India. Pengumuman tersebut dibuat di Twitter rasmi Poco India dengan hashtag #SmoothAF. Syarikat tersebut juga melancarkan laman web untuk mengumumkan pelancaran Poco X2. Menariknya, ia memberi beberapa butiran yang mungkin merujuk kepada spesifikasi sebenar telefon itu.

[embed]https://twitter.com/IndiaPOCO/status/1221673687109099520[/embed]

Pada halaman utama laman web tersebut, ia menunjukkan pengukuran kadar penyegaran. Ura-ura mengatakan Poco X2 akan disertakan dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Seterusnya, ia kemungkinan mempunyai kamera resolusi tinggi 64 MP dengan sensor Sony IMX686 yang sama seperti model Redmi K30.



Khabar angin juga mengatakan Poco X2 adalah berdasarkan Redmi K30. Seperti dijangka, Poco X2 hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm dan kemungkinan Snapdragon 765G, namun ia mungkin mempunyai cip yang lebih tinggi.

Poco X2

Selain itu, berdasarkan butiran yang disertakan, ia juga mempunyai bicu audio 3.5mm, penyejukan cecair dan pengecasan pantas di mana ia bukan sesuatu yang luar biasa. Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan harga Poco X2, nantikan pengumuman rasmi dari Poco.

Sumber: Android Authority