Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

POCO M4 Pro 5G Dengan Cip Dimensity 810 Rasmi, Mirip Redmi Note 11

Posted on November 9, 2021

Jika Jun lepas POCO M3 Pro 5G dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia, kini penggantinya POCO M4 Pro 5G pula dilancarkan. Seperti biasa, peranti ini amat mirip dengan Redmi Note 11 yang baru sahaja diperkenalkan Oktober lalu.

POCO M4 Pro 5G didatangkan dengan cip MediaTek Dimensity 810 dengan konfigurasi 4/6GB RAM dan storan dalama 64GB/128GB.

Skrinnya menampilkan paparan seluas 6.6 inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz, input sentuh 240Hz dan gamut warna DCI-P3.

Sementara untuk kemampuan fotografi, ia hadir 50MP lensa utama bersama sudut ultra-lebar 8MP. Manakala 16MP ditugaskan untuk lensa swafoto.

Selain itu, bekalan bateri sebesar 5000mAh diberikan beserta sokongan pengecasan pantas 33W. Turut didatangkan sistem pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, IR Blaster serta slot microSD sehingga 1TB.

Ditawarkan dengan tiga pilihan warna – Cool Blue, Power Black dan POCO Yellow. POCO M4 Pro 5G ini bakal tersedia di gedung dalam talian Shopee bermula 11 November ini yang mana harga adalah RM749 bagi varian 4GB+64GB dan RM899 untuk varian 6GB+128GB.

Baca juga:

  • Xiaomi Dedahkan Sebab Kenapa Ada Dua Telefon Redmi Note Tahun Ini

  • Netflix Kini Rasmi Di Astro, Pelanggan Boleh Strim Guna Ultra Box

  • Xiaomi 12 Versi Biasa Mungkin Hadir Dengan 100W

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress