Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO M3 Pro 5G Malaysia

POCO M3 Pro 5G Rasmi, Telefon 5G Termurah Di Malaysia

Diterbitkan Jun 1, 2021 · Dikemas kini Jun 1, 2021 oleh Amsyar Latif

POCO nampaknya tidak perlu menunggu lama dan bijak menggunakan peluang kerana POCO M3 Pro 5G yang dilancarkan di India beberapa minggu yang lalu kini tiba di Malaysia.

Secara ringkas, ia dikuasakan cip Dimensity 700, mempunyai skrin 6.5 inci FHD+ LCD 90Hz, bateri 5000mAh dengan pengecasan 18W.

Kameranya pula tampil tiga lensa belakang – 48MP utama, 2MP bantuan bokeh (depth), 2MP makro serta lensa hadapan sebesar 8MP.

Benar, peranti ini sama yang ditawarkan Redmi Note 10 5G yang masih terasa bau kehadirannya ke negara. Perbezaan terletak pada kemasan di belakang POCO M3 Pro 5G.

Baca juga – Dua Redmi Note 10 Baharu Rasmi, Kekal Harga Mampu Milik

Harga Jualan

POCO M3 Pro 5G Price

Seperti Xiaomi, POCO masih mengekalkan harga yang mampu milik dimana varian 4GB+64GB berharga RM599. Manakala varian 6GB+128GB pula RM799.

Namun, bersempena kehadirannya, ia masing-masing dijual dengan harga RM599 dan RM699 bermula 6 Jun ini tetapi hanya untuk yang terawal (early bird) sahaja secara eksklusif di Shopee.

Buat masa sekarang, kita hanya perlu menunggu pelancaran POCO F3 GT pula yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Baca juga – Peranti Gaming Redmi, POCO F3 GT Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY