Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 12

Xiaomi 12 Versi Biasa Mungkin Hadir Dengan 100W

Diterbitkan November 9, 2021 · Dikemas kini November 9, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Xiaomi 12 menjadi telefon pertama menggunakan “Xiaomi” pada pangkal nama, menggantikan siri andalan “Mi”. Ia juga dikatakan hadir beberapa varian seperti Xiaomi 12, 12 Pro dan 12 Ultra namun ia tidak akan dilancarkan serentak. Terdahulu, kami telah mendedahkan rekaan Xiaomi 12 yang tertiris.

Selain akan menggunakan cip baru Snapdragon 898, Xiaomi 12 turut akan menggunakan skrin LTPO dengan kadar segaran dinamik 1-120Hz. Selain itu, ia juga diramal dilengkapi bateri sekurang-kurangnya 5000mAh.

Menariknya, versi biasa akan menyokong pengecasan pantas 100W dan pengecasan tanpa wayar 50W. Dengan itu ia akan dapat dicas penuh dalam masa 20 minit dan akan mencatat rekod baru jika ia menjadi kenyataan. Versi yang lebih berprestasi tinggi pula mungkin akan menyokong pengecasan 120W seperti MIX 4.

Namun di samping semua laporan dan jangkaan, yang pasti Xiaomi 12 akan hadir dengan MIUI 13 kelak.

Sumber: GizChina

Baca juga:

  • Xiaomi Dipintas Apple Semula Dalam Pengeluar Telefon Terbesar Dunia
  • Xiaomi Perkenal Teknologi Loop LiquidCool – Sistem Penyejukan Baharu Untuk Telefon
  • Dalam Tempoh 3 Tahun, Xiaomi Sasar Untuk Kalahkan Apple Dan Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY