Netflix Kini Rasmi Di Astro, Pelanggan Boleh Strim Guna Ultra Box

Pada Jun lepas, Astro mengumumkan kerjasama dengan perkhidmatan penstriman Netflix. Kini, secara rasminya pelanggan Astro boleh strim Netflix menerusi Ultra Box. Sementara turut ditawarkan untuk Ulti Box pada masa hadapan.

Melaluinya, pelanggan Astro juga boleh menstrim beberapa perkhidmatan lain seperti Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+ secara terus menerusi Ultra Box. Bersempena dengannya, Astro turut menawarkan pakej terbaharu, iaitu 'Primary', 'Entertainment', 'Sports', 'Movies', 'Entertainment Plus', 'Premium 1,2,3' dan 'Platinum'.



Bagi pek 'Entertainment Plus', 'Premium 1,2,3' dan 'Platinum', ia disertakan bersama Netflix dan sajian kandungan dari Korea serta rancangan-rancangan seram, variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan beberapa lagi program terhebat Asia.



Dari segi harga adalah bermula RM59.99 sebulan yang mana ia disertakan Astro Go dan kotak Ulti Box. Sekiranya anda mempunyai langganan sedia ada seperti Netflix atau Disney+ Hotstar, anda masih lagi boleh strim melalui kotak Ultra Box atau Ulti Box walaupun tidak melanggan pakej yang hadir dengan Netflix dan sebagainya.

Dengan langkah ini, Astro menyatakan bahawa ia direka khas untuk menggalakkan pelanggan strim program-program kegemaran di satu platform utama dan semuanya dalam satu bil sahaja.

Oleh yang demikian, anda boleh klik pautan INI untuk mengetahui maklumat lanjut atau mendaftar bagi menikmati tawaran baharu Astro.

Sumber: Siaran Akhbar Astro

Baca juga: