Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 11-2

Siri Redmi Note 11 Dilancarkan, Guna MediaTek Dan Ada Pengecasan 120W

Diterbitkan Oktober 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Siri popular di bawah naungan Xiaomi, iaitu telefon Redmi akhirnya secara rasmi menawarkan barisan telefon pintar Redmi Note 11. Terdapat tiga model – Redmi Note 11, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro Plus.

Redmi Note 11 merupakan “adik kecil” dalam siri terbaru ini. Ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 810, RAM sehingga 8GB, storan sehingga 256GB, dilengkapi skrin 6.6 inci LCD beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar penyegaran 90Hz, bateri 5000mAh dan pengecasan 33W.

Redmi Note 11

Tiga kamera belakang diberikan dimana 50MP utama, 2MP makro/bantuan bokeh dan 8MP ultra-lebar serta 16MP kamera swafoto.

Bergerak kepada model lebih berkuasa Redmi Note 11 Pro, peranti ini didatangkan cip Dimensity 920, RAM 6/8GB, storan sehingga 256GB, skrin 6.67 inci OLED 120Hz, bateri berkapasiti 5160mAh dan pengecasan 67W.

Redmi Note 11 Pro

Dari segi fotografi, ia hadir dengan lensa utama 108MP, ultra-lebar 8MP dan 2MP makro. Sementara 16MP untuk lensa hadapan.

Akhir sekali, model Redmi Note 11 Pro Plus pula adalah sedikit naik taraf berbanding Pro biasa. Terbina di dalam cip Dimensity 920, konfigurasi memori 6/8GB RAM serta 128/256GB storan, saiz skrin sama dengan Pro menggunakan panel OLED berkadar segar semula 120Hz, bekalan kuasa 4500mAh termasuk kelajuan mengecas 120W. Manakala kamera hadapan mahupun belakang adalah sama seperti Redmi Note 11 Pro.

Buat masa ini, kesemua Redmi Note 11 hanya terhad buat pasaran China terlebih dahulu. Apa-apa pun, Redmi Note 11 berharga permulaan 1199 yuan (~RM777), 1599 yuan (~RM1037) bagi Redmi Note 11 Pro dan 1999 yuan (~RM1296) untuk Redmi Note 11 Pro Plus.

Sumber: Redmi weibo

Baca juga:

  • POCO M4 Pro Bakal Diperkenalkan Pada November Depan

  • Xiaomi Dedahkan Sebab Kenapa Ada Dua Telefon Redmi Note Tahun Ini

  • Spesifikasi Cip Snapdragon 898 Dan Dimensity 2000 Didedahkan, Guna 4nm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY