Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO M3 Akan Dilancarkan Pada 24 November Ini

POCO M3 Akan Dilancarkan Pada 24 November Ini

Diterbitkan November 18, 2020 oleh Amalina Athman

POCO kini telah mengesahkan pelancaran global POCO M3 akan berlangsung pada 24 November ini. Ia merupakan peranti pertama yang akan diperkenalkan sebagai siri-M untuk pasaran global.

Pada masa ini, portfolio bagi POCO Global adalah terhad kepada peranti siri F dan X. Sementara itu, negara India pula telah pun menerima peranti POCO dengan siri X, M dan C.

pelancaran POCO M3

Dalam pada itu, POCO M3 dijangka akan dijana cip pemproses Snapdragon 662 yang digandingkan dengan RAM 4GB dan 64GB storan dalaman.

Peranti ini turut dijangka dilengkapi skrin 6.53 inci IPS LCD dengan resolusi Full HD serta paparan bertakuk yang dimuatkan dengan kamera swafoto 8MP. Antara lainnya adalah tetapan tiga lensa dengan 48MP utama serta bateri 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W.

Bagaimanapun, ini hanyalah jangkaan awal dan nantikan pengumuman rasmi dari POCO pada acara pelancaran 24 November 2020, 8 malam.

Sumber: POCO via GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY